Secangkir Kata Buat Renungan "Teman Yang Baik Dan Setia Adalah Buku Tidak Pernah Ditinggalkan Mahupun Dikhianati,Bahkan Sentiasa Memberikan Manfaat Kepada Yang Membacanya"
PUSAT SUMBER SEKOLAH KITA
Pengenalan
Pusat sumber sekolah SJK(C) MOON TECK merupakan satu tempat yang mengumpulkan, memproses dan menyebarkan bahan atau sumber-sumber maklumat. Ia termasuklah keseluruhan koleksi bahan bercetak dan bukan bercetak meliputi alatan teknologi terkini. Pusar sumber sekolah SJK (C) MOON TECK adalah juga sebagai sebuah pusat sokongan ke arah kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah juga tempat yang memenuhi keperluan kegiatan pelajar-pelajar dalam pendidikan mereka termasuk dalam kegiatan ko-kurikulum.